Tapi sebelumnya izinkan aku mau bilang sesuatu, selalunya anda akan menangis untuk orang yang menyakiti anda dan orang yang pergi meninggalkan anda. Anda tidak akan menangis untuk orang yang ada di sisi anda dan selalu bersama anda. Jadi jika anda ingin menangis, menangis lah. Setelah itu jangan biarkan mata anda mengeluarkan air mata lagi untuk dia, karena dia tidak akan peduli dan tidak akan kembali lagi untuk anda. Atau ketika ia kembali, ia akan pergi lagi…
Nah, ini ada kiriman email dari adik angkatku Syila di Malaysia, aku kira kata-kata nasehat ini ada benarnya kalau kita benar-benar mencernanya dengan baik maksud yang tersirat di dalamnya. Ini bait-bait nasehat yang baik untuk dibaca!
1. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh keikhlasan.
2. Nikahi lelaki /wanita yang buat anda adem dan nyaman saat anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
3. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengar. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
4. Apabila anda berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
5. Pabila mengatakan, "Maaf", tataplah matanya.
6. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum anda diijabkabulkan.
7. Percayailah, cinta pandang pertama.
8. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
9. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan merasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama siapa pun ketika bertengkar.
11. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
12. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
13. Apabila seseorang bertanya tentang satu perkara yang tidak anda sukai, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
14. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15. Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
16. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
17. Berpeganglah kepada tiga R: Rasa hormat pada diri sendiri, Rasa hormat kepada orang lain, dan Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
18. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar, hanya merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
19. Apabila menyedari bahwa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
20. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
21.